
Setelah beberapa bulan, isu mengenai pergolakan rumah tangga antara pempengaruh Cik Pia dan suaminya kembali menjadi bualan hangat setelah satu video daripada Azlee Abd Aziz (Boss Kay) tular di Twitter sejak malam tadi.
Bagi yang mengikuti perkembangan Cik Pia, mereka sedia maklum bahawa Nor Sufia Johari baru sahaja meraikan hari ulang tahunnya. Namun begitu, ia ‘disambut’ oleh menerusi satu ucapan yang agak memeritkan.
Lafaz cerai talak dua bersertakan ucapan Hari Jadi
@norsufiajohari happy birthday to myself…#tiktokviral #fypシ #fypシ゚viral #dudukje #fypage #viral #tiktokmalaysia #tiktok #trending #fyp #cikpia #Queenofulam #cikpiamakan
Menurut netizen, suaminya, Boss Kay telah melafazkan cerai talak dua kepada Cik Pia menerusi satu sesi live, menurut perkongsian video TikTok yang telah meraih lebih 120K jumlah tontonan dalam masa 19 jam itu, lafaz cerai itu dibuat pada 12 Mac 2023, hari yang sama Cik Pia kongsi video sambutan ulang tahunnya.
@airis_suraya Semoga cik pia dikurniakan kebahagiaan yg baru dan nasibnya dgn anak2 terbela. Cik pia wanita hebat, cantik, pandai,, layak dpt yg lebih baik. Anda berhak bahagia #bosskaylafazcerai #cikpia #wanitahebatwanitakuat #trending
♬ original sound – Airis Suraya | Best Sharing – Airis Suraya | Best Sharing
Saya Khaireel Azlee Abd Aziz menceraikan Nur Sufia binti Johari dengan talak dua. Assalamualaikum W.B.T, selamat hari jadi!” – Boss Kay
Di samping itu, Cik Pia ada membuat satu perkongsian menyatakan bahawa dia redha dengan ujian yang menimpanya dan menyatakan hatinya semakin tenang bairpun akui rasa sedih.
@norsufiajohari Sedih…sape tak sedih kan..tp bila Sye serahkan sebulatnya urusan ini kpd ALLAH Sye redha… Alhamdulillah hati Sye semakin tenang.TQ ALLAH Krn mengizinkan ujian ini kpd sye..#coffitz #tiktokviral #fypp #dudukje #viral #fypシ #fyp #fypage #tiktoker #cikpia #trending #fypシ゚viral
Biadapnya – Netizen
Di Twitter, video lafaz cerai tersebut telah meraih lebih daripada 3,280 jumlah retweets sepanjang dalam masa 14 jam ia dikongsikan. Rata-rata netizen bengang melihat sikap Boss Kay dan mengecam tindakannya itu.
Malah, ada juga netizen yang mendakwa dirinya bekas pekerja mendedahkan sikap sebenar Boss Kay ini. Dalam pada itu, biarpun ada yang tidak mengenali dirinya, mereka yang menyaksikan video ini menyatakan tindakan Boss Kay ini dianggap biadap.

Kisah mengenai seorang influencer yang dikenali sebagai Cik Pia hangat beberapa bulan lepas apabila Nor Sufia Johari ini mendakwa suami ‘hilang’ ketika melahirkan anaknya sehingga terpaksa menggunakan ‘bin Abdullah’ kerana didakwa enggan ke JPN ketika ingin membuat pendaftaran.
Susulan itu, suaminya Azlee Abd Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Boss Kay telah tampil memberi respon dengan menunjukkan dirinya telah hadir ke JPN, malah dia juga mendakwa bahawa Cik Pia mempunyai masalah mental.
Bagaimanapun, dakwaan itu ditepis oleh Cik Pia dengan menyatakan bahawa ia adalah fitnah semata-mata.
Baca : [VIDEO] Suami Cik Pia Jawab Tuduhan Tak Azankan Anak & Isu Daftar Anak, Dakwa Isteri Tak Sihat
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
