“Lagi Seram Daripada Hantu!” – Warganet Terhibur, Patung Bertelekung Digantung Dari Siling Kedai

Entertainment
14 May 2023 • 5:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain harga yang murah, cara barangan yang nak dijual dipamerkan di atas rak kedai juga memainkan peranan penting untuk menarik pelanggan masuk ke dalam kedai.

Namun, cara kedai ini yang mempamerkan kain telekung solat wanita secara ‘unik’ pula mungkin telah menakutkan pelanggan.

Manakan tidak, kain telekung telah dipakaikan pada patung yang kemudiannya digantung pada siling!

Cara kedai itu mempamerkan barang jualannya telah dikongsikan di Twitter dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terkejut.

Ada warganet yang mengatakan mereka ia adalah lebih seram daripada hantu sebenar!

image is not available

Dah macam hantu terbang dah ni dia punya seram tu.

Ada juga netizen yang bergurau mungkin kedai tersebut dihias dengan konsep Halloween.

Lagi kelakar apabila ada yang mengatakan cara telekung itu dipamerkan bukannya akan menarik pelanggan sebaliknya ia akan menjauhkan pelanggan.

Adoi, macam-macam betul, tapi memang seram jugak la kalau lalu depan kedai ni waktu malam kan.

Sumber: Twitter

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article