Lagi, Syed Saddiq Sumbang RM115,000 Kepada Penduduk Muar

LocalPolitics
22 Jun 2026 • 6:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lagi, Syed Saddiq Sumbang RM115,000 Kepada Penduduk Muar

Lagi, Syed Saddiq Sumbang RM115,000 Kepada Penduduk Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi menarik perhatian. Kini, beliau menyalurkan sumbangan sebanyak RM115,000 kepada penduduk di Muar hasil pendapatan yang diperoleh menerusi kerja sambilan yang dilakukannya.

Menerusi hantaran di media sosial miliknya, beliau memaklumkan bahawa dirinya sekali lagi menerima tawaran kerja sambilan atau penggambaran baharu.

Menurutnya, keseluruhan hasil tersebut akan disalurkan bagi membantu penduduk di Muar.

"Alhamdulillah. Dapat kerja sambilan atau shooting baru lagi.

“Saya sumbangkan terus RM115,000 ke Muar.

"Beli 1,000 bakul makanan dan 30 laptop,” katanya ringkas menerusi hantaran tersebut.

Baca juga:

Dalam hantaran sama, bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut berkongsi rutin hariannya yang padat.

Menurutnya, beliau memulakan hari dengan menghadiri urusan di Parlimen dari pagi hingga petang sebelum meneruskan kerja sambilan pada waktu malam.

Image from: Lagi, Syed Saddiq Sumbang RM115,000 Kepada Penduduk Muar

Perkongsian itu sekali lagi mengundang perhatian ramai, khususnya apabila beliau menjelaskan bahawa pendapatan daripada kerja sampingan tersebut dimanfaatkan untuk membantu rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum serta memberikan kata-kata semangat terhadap usaha yang dilakukan Ahli Parlimen Muar itu.

"Teruskan berkhidmat kepada rakyat YB, jalan terus," tulis seorang pengguna media sosial.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved