Amelia Henderson Sekali Lagi Jadi Tumpuan, Busana Nampak Pusat Buat Peminat Meradang – “Kurang Akhlak Punya Pakaian”

EntertainmentLifestyle
22 Jun 2026 • 4:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon dan pengacara Amelia Henderson sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila penampilannya di sebuah acara jenama mewah baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

Menerusi video yang tular, Amelia dilihat tampil anggun mengenakan gaun berwarna hitam dengan rekaan moden dan material jarang yang memperlihatkan bahagian pusat.

Advertisement
View this post on Instagram

Penampilan selebriti berusia 30 tahun itu bagaimanapun mengundang perbincangan dalam kalangan netizen apabila ramai berpendapat pakaian tersebut agak terdedah dan berani.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menegur gaya pemakaian Amelia yang disifatkan semakin ‘daring’ berbanding sebelum ini.

amelia henderson

Malah, ada juga yang berpendapat penampilannya kurang sesuai dengan norma masyarakat tempatan walaupun ramai turut memuji keyakinan dan penampilan elegan yang ditampilkan pada acara berkenaan.

Ini bukan kali pertama Amelia menjadi perhatian berhubung penampilan dan imej dirinya. Sebelum ini, pelakon drama Kisah Cinta Rumi itu pernah beberapa kali mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen susulan gaya fesyen yang dianggap berani serta beberapa kontroversi melibatkan kehidupan peribadinya yang menjadi topik perbualan di media sosial.

Bagaimanapun, sehingga kini Amelia tidak memberikan sebarang respon terhadap komen-komen yang ditinggalkan netizen berhubung penampilannya di acara tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Amelia Henderson Sekali Lagi Jadi Tumpuan, Busana Nampak Pusat Buat Peminat Meradang – “Kurang Akhlak Punya Pakaian”2026-06-22 14:58:09

"Imbau Kembali Nostalgia Penyondolan Ke?" - Kongsi Pengenalan Dengan AC Mizal, Respon Datin Emylia Jadi Tumpuan Netizen

The post Amelia Henderson Sekali Lagi Jadi Tumpuan, Busana Nampak Pusat Buat Peminat Meradang – “Kurang Akhlak Punya Pakaian” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved