Lagi Tular Video Pijak Al-Quran? Netizen Gesa Ambil Tindakan

LocalPolitics
2 Mar 2026 • 12:00 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular lagi gambar dan video memaparkan kitab suci al-Quran disyaki seorang lelaki yang dimuat naik oleh pengguna media sosial di Threads serta Facebook.

Lagi tular video pijak al-Quran?

Hantaran jelik itu asalnya dimuat naik di sebuah akaun TikTok, kemudian tersebar di media sosial sehingga mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warganet.

Ambil tindakan!

image is not available

Difahamkan, hantaran asal dipercayai sudah dipadam pemiliknya namun segelintir netizen sempat membuat tangkap layar sebelum disebarkan di media sosial.

Malah, pemilik akaun media sosial itu memiliki beberapa akaun lain dengan nama serta gambar yang hampir serupa selain dipercayai menetap di Singapura.

Cari sampai dapat!

image is not available

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berhubung dakwaan tersebut, namun warganet menggesa siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa.

Sumber: Threads @cmaizatart & Facebook PDRM Group

The post Lagi Tular Video Pijak Al-Quran? Netizen Gesa Ambil Tindakan appeared first on Borak Daily.