Pelajar kes pijak Al-Quran seorang mualaf, ini penjelasan Firdaus Wong

LocalPolitics
2 Mar 2026 • 7:07 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kes penuntut universiti yang didakwa memijak Al-Quran terus menjadi perhatian apabila seorang pendakwah tampil berkongsi latar belakang individu terbabit sebelum kejadian tersebut.

Menurut kenyataan di Facebook, Firdaus Wong Wai Hung berkata, individu berkenaan pernah menghubunginya di Instagram dan berulang kali mendesak untuk dibimbing memeluk Islam.

Katanya, pelajar itu bersopan santun dan lembut tutur kata, sekali gus membuatkan beliau terkejut dengan apa yang berlaku serta tertanya-tanya sama ada individu itu dihasut, diprovokasi atau berdepan masalah lain.

Beliau turut memaklumkan bahawa individu yang dikenali sebagai Muhammad Zain atau nama asalnya Vikneswaran, merupakan seorang mualaf yang bersyahadah pada 20 April 2025.

Baca juga:

Walau bagaimanapun, Firdaus menegaskan kenyataannya tu bukan bermaksud “mensucikan” sesiapa yang melakukan kesalahan, kerana prinsipnya jelas bahawa yang bersalah perlu menerima hukuman tanpa mengira Muslim atau bukan Muslim.

Firdaus menjelaskan pendiriannya selari dengan firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 135 yang menuntut keadilan ditegakkan walaupun terhadap diri sendiri atau kaum kerabat. Beliau juga memaklumkan akan berkongsi penjelasan lanjut menerusi video atau hantaran susulan.

Terdahulu, pihak berkuasa mengesahkan penuntut universiti terbabit akan didakwa di mahkamah esok atas pertuduhan di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

The post Pelajar kes pijak Al-Quran seorang mualaf, ini penjelasan Firdaus Wong appeared first on The Reporter.