Lagu Anta Permana Nyanyian Siti Nurhaliza Jadi Pilihan Raja Charles III, Tersenarai Dalam ‘The King’s Music Room’

LocalEntertainment
11 Mar 2025 • 9:21 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Lagu Anta Permana nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, telah dimasukkan dalam senarai The King’s Music Room, yang merupakan himpunan lagu kegemaran Raja Charles III.

Senarai ini diumumkan bersempena pelancaran sebuah rancangan radio khas bersama Apple bertajuk The King’s Music Room, yang menampilkan pilihan peribadi baginda.

image is not available

image is not available

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, penyanyi nombor satu Malaysia itu melahirkan rasa syukur apabila lagunya terpilih untuk disertakan dalam rancangan tersebut.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih @theroyalfamily,” kata Siti ringkas di Instagram Storiesnya.

image is not available

image is not available

Pemilihan ini pastinya membanggakan peminat muzik Malaysia kerana ia mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap bakat penyanyi tersohor ini.

image is not available

Selain Anta Permana ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, lagu lain yang turut disenaraikan termasuk Love Me Again (Raye), The Loco-Motion (Kylie Minogue), Haven’t Met You Yet (Michael Bublé), dan Crazy In Love (Beyoncé).

The King’s Music Room dihasilkan sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Komanwel tahun ini.

Raja Charles III bekerjasama dengan platform penstriman muzik, Apple Music, untuk melancarkan The King’s Music Room bagi berkongsi senarai lagu kegemarannya.

Dirakam di Istana Buckingham, rancangan ini memberikan pandangan eksklusif mengenai baginda menerusi muzik dari seluruh Komanwel, termasuk genre disko, reggae, dan Afrobeats.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

Babak 'Panas' Vanidah Imran Main Janggut Faizal Hussein Dikritik - "Semakin Berani Drama Melayu Sekarang"