Siti Nurhaliza Mendonia! Anta Permana Jadi Pilihan Raja Charles III Dalam Senarai Playlist Peribadinya

LocalEntertainment
11 Mar 2025 • 9:37 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sungguh tak terjangka! Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengharumkan nama negara apabila lagu nyanyiannya, Anta Permana telah menjadi pilihan Raja Charles III untuk dimasukkan dalam senarai ‘playlist’ peribadinya.

Lagu berkenaan telah menjadi sebahagian daripada program The King’s Music Room di aplikasi Apple Music, yang menghimpunkan pelbagai karya dari negara-negara Komanwel sebagai meraikan kepelbagaian muzik dunia.

image is not available

Nama Siti Nurhaliza juga tersenarai bersama nama-nama besar seperti Beyonce, Bob Marley, Kylie Minogue dan Grace Jones yang sekaligus membuktikan bahawa lagu muzik dari Nusantara juga turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Dalam playlist tersebut, rakaman suara Raja Charles III juga menyebut,

Lagu seterusnya ini adalah daripada penyanyi terkemuka Malaysia, Siti Nurhaliza. Ia dipanggil Anta Permana.

“Lagu ini menceritakan tentang cinta, yang lebih utuh dari masa,” kata Raja Charles III.

Sebagai info, Anta Permana merupakan lagu ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini yang telah diterbitkan pada tahun 2018.

Rata-rata netizen yang menerima berita ini terutamanya peminat kepada Siti Nurhaliza meluahkan rasa bangga dengan kejayaan penyanyi tersebut yang berjaya merakam lagu yang menjadi pilihan kepada Raja Britain.

image is not available

Tak sangka Raja Charles III pun Sitizoners ye! Hiks!

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.