Lagu Berjudul ‘Lepaskanlah Aku’ Ciptaan Ayah Bella Astillah Tarik Perhatian

5 Apr 2024 • 12:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bella astillah

Kisah pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah mendapat perhatian ramai selepas banyak perkara yang didedahkan kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun, sekarang tersebar pula lagu yang didakwa dicipta oleh bapa Bella iaitu Ag Astillah berjudul ‘Lepaskanlah Aku’.

Lagu ini dikongsikan semula pengguna TikTok yang memberi bayangan seolah-olah lagu yang dicipta Ag Astillah ini ada kaitan dengan kisah hidup anaknya bersama Aliff Aziz.

Lagu ini curahan hati ayah Bella, ayah dia je faham keadaan Bella. Tak macam mentua dia. Sedihnya lagu ini untuk kisah Bella, Allahuakbar.

https://www.tiktok.com/@bella.astillah95/video/7353545519194590481?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7335054619369031170

Perkembangan terbaru, semalam, Aliff Aziz dan Bella Astillah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah bagi sebutan kedua kes tuntutan perceraian yang difailkan aktres itu secara ‘fast track’.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.