“Settle Je Dengan Hakam..” – Kasihan Bella Astillah Diseksa Mental, Shila Amzah Saran Cerai Dengan Kaedah Hakam

5 Apr 2024 • 11:51 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam orang ramai telah dikejutkan dengan berita penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang enggan menceraikan isterinya, Bella Astillah meskipun sudah diketahui curang beberapa kali. Hal tersebut telah meraih perhatian ramai rakan artis termasuklah Shila Amzah yang menyarankan Bella untuk bercerai secara hakam.

Doa buat Bella

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di aplikasi X, penyanyi ini dipercayai menujukan statusnya itu kepada Bella dan Aliff yang masih belum menemukan kata sepakat berkait isu rumah tangga mereka.

Shila turut tak lupa mendoakan mana-mana isteri atau suami yang berhadapan dengan sebarang dugaan perkahwinan agar dipermudahkan segala urusan mereka.

Settle sahaja secara hakam.

 

Semoga Allah permudahkan segala jalan buat isteri atau suami yang teraniaya, didera emosi, fizikal dan kewangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Peminat setuju

Rata-rata peminat juga bersetuju dengan nasihat penyanyi lagu Patah Seribu itu dan ada juga yang berterima kasih kerana menyampaikan ilmu baru kepada para wanita di luar sana yang mungkin melalui perkara yang sama.

Rupa-rupanya, ada cara lain untuk selesaikan masalah rumah tangga ini. Terima kasih atas ilmu baru Shila.

 

Setuju! Bella patut teruskan dengan hakam supaya dapat meneruskan hidup dengan lebih tenang bersama anak-anak selepas ini.

Settle je dengan HAKAM,
Semoga Allah permudahkan segala jalan buat isteri/suami yang teraniaya , yang telah didera emosi , fizikal dan kewangan.

Sebelum ini, pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah meraih tumpuan apabila diketahui Aliff enggan melepaskan Bella atas alasan ingin memperjuangkan perkahwinan mereka meskipun dikatakan hal itu sudah dipersetujui sejak awal tuntutan dibuat.

image is not available 1 day ago

"Dia Akan Pusing Keliling Cari Salah Orang.." - Pernah Dilanda Nasib Sama, Rita Rudaini Dakwa Aliff Aziz Main 'Game' Tak Mahu Cerai