”Lagu biasa jadi sedap” – Lagu ‘Kami Guru Malaysia’ Versi TokTi Buat Orang Ramai Terpegun

Entertainment
18 May 2024 • 12:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

16 Mei setiap tahun adalah tarikh yang dinantikan oleh semua guru-guru di Malaysia. Setiap kali sambutan Hari Guru, kita akan dengar lagu keramat ‘Kami Guru Malaysia’ dinyanyikan oleh para pendidik dengan penuh bersemangat.

Biasa kita dengar dalam bentuk nyanyian ramai kan. Haa.. kali ni min nak kongsi dengan korang Penyanyi Nombor 1 Negara nyanyi lagu ni.

Korang boleh tengok video TokTi belanja lagu ‘Kami Guru Malaysia’ dalam video @aril.ism di bawah.

Lagu biasa jadi sedap

Memang tak dapat disangkal lagi, Dato’ Seri Siti Nurhaliza memang mempunyai suara emas. Tapi untuk lagu ‘Kami Guru Malaysia’ ni beliau buat jadi macam lagu sendri tu yang buat ramai terpegun. Bagi lah lagu apa pun, kalau dapat kat TokTi memang sedap jadinya.

image is not availableItu lah, padahal lagu biasa je. Dapat kat TokTi terus jadi level lain lagu ni. Memang hebat lah TokTi ni, bagi lagu apa pun beliau boleh nyanyi jadi sedap.

image is not availableBetul. Ini min sangat setuju. Ingat lagi TokTi pernah nyanyi lagu Cuti-cuti Malaysia dulu, memang feel dia sampai. Cukup rasa semua ada.

image is not availableKalau ada kategori lagu sekolah paling sedap dalam Anugerah Juara Lagu, kena pulak TokTi yang nyanyi, silap haribulan memang terus jadi juara.

image is not availableAmiinnn… terima kasih warga pendidik kerana tak putus-putus mencurahkan bakti untuk mengajar generasi masa hadapan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.