Lagu Dangdut Jadi Iringan Ambil Skrol Konvokesyen, Ramai Bingung Pemilihan Muzik Pihak Universiti [Video]

LocalEntertainment
14 May 2025 • 6:09 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak semua majlis konvokesyen diadakan dalam suasana penuh istiadat formal. Ada juga universiti yang memilih konsep lebih santai, memberi ruang kepada graduan meraikan detik istimewa mereka dalam suasana yang lebih mesra.

Namun begitu, aturcara sesebuah majlis rasmi sewajarnya lebih cenderung ke arah formal bagi menghormati setiap peringkat umur yang hadir ke majlis untuk meraikan kejayaan kenalan dan saudara-mara di situ.

Lain pula yang berlaku di majlis konvokesyen baru-baru ini yang mencuri perhatian apabila pemilihan lagu yang dimainkan ketika upacara berlangsung didakwa langsung tidak kena dengan tema. Pemilihan lagu yang pelik itu menimbulkan tanda tanya pengunjung.

Lagu Kartun Temani Graduan Naik Pentas

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@dsinspire), video berkenaan memaparkan suasana majlis konvokesyen yang sedang berlangsung di sebuah dewan.

Pemilik video berkongsi pandangan dari bahagian atas dewan, menghadap ke pentas utama di mana proses penyampaian skrol kepada graduan berjalan seperti biasa.

Seperti lazimnya, pengacara majlis akan mengumumkan nama satu demi satu graduan yang naik ke pentas untuk menerima skrol daripada canselor atau naib canselor.

Namun, yang menarik perhatian ramai adalah lagu yang dimainkan di latar. Lagu yang kedengaran merupakan tema daripada kartun animasi ikonik ‘Pink Panther’ yang jelas kedengaran janggal dalam suasana akademik.

Senarai Lagu Buat Netizen Tepuk Dahi

Dalam satu lagi perkongsian, perakam turut memuat naik rakaman lagu lain yang dimainkan sepanjang majlis tersebut.

Antara yang mencuri perhatian adalah lagu irama dangdut popular seperti ‘Kopi Dangdut’ dan ‘Memori Daun Pisang’.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa bingung terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam pemilihan lagu majlis itu.

Mereka mempertikaikan di mana hilangnya ‘common sense’ dalam menyesuaikan muzik dengan suasana rasmi.

image is not available
Sumber: Tiktok @dsinspire

Malah, beberapa pengunjung yang hadir di majlis itu sendiri turut berkongsi pengalaman mereka di ruangan komen.

Pengunjung memaklumkan bahawa selain lagu dangdut, lagu-lagu lain yang turut dimainkan termasuk lagu ‘Blackpink’, yang jelas sekali tidak kena dengan tema majlis konvokesyen.

image is not available
Sumber: Tiktok @dsinspire

Ramai turut mempersoalkan mengapa muzik gamelan yang menjadi tradisi dalam majlis konvokesyen tidak dimainkan langsung, sedangkan ia sinonim dengan elemen adat serta nilai akademik yang lebih sesuai.

image is not available
Sumber: Tiktok @dsinspire

Latar Belakang Gamelan Dalam Istiadat Konvokesyen

image is not available
Sumber: MalayMail

Secara tradisinya, muzik gamelan sering digunakan dalam majlis konvokesyen di universiti tempatan sebagai simbolik kepada suasana rasmi, penuh adat dan berprestij.

Memetik laman Pemetaan Budaya, irama gamelan yang lembut dan klasik menjadi pilihan kerana ia mengekalkan elemen kebudayaan serta memberi penghormatan kepada detik bersejarah graduan menerima skrol.

Selain itu, penggunaan gamelan dalam majlis konvokesyen turut menjadi lambang kesinambungan tradisi dan sejarah yang sudah lama diamalkan di institusi pengajian tinggi.

Ia bukan sahaja mengekalkan identiti warisan budaya, malah mencerminkan nilai hormat kepada ilmu, institusi, dan pencapaian akademik yang diraikan dalam suasana yang lebih bermaruah dan penuh simbolik.

Penggunaan lagu-lagu pop, dangdut atau lagu kartun dianggap mencacatkan nilai estetika serta merosakkan kelangsungan tradisi akademik yang penuh tertib dan hormat ini.