“Lagu dia catchy!” – Netizen ‘Meremang’ Dengar Lagu Patriotik Nyanyian Alif Satar, Jaclyn Victor & Priscilla Abby

Entertainment
2 Aug 2024 • 1:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila dah masuk bulan Ogos ni, pasti semangat patriotik antara rakyat Malaysia makin berkobar-kobar. Mana taknya, 31 Ogos ni kita bakal menyambut hari kemerdekaan yang ke-67.

Lagu kemerdekaan oleh tiga bangsa

Salah satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia sempena menyambut hari istimewa ini mestilah lagu kemerdekaan yang pasti dapat membangkitkan semangat patriotik.

Semalam, MR DIY Malaysia melalui akaun YouTube mereka telah memuat naik satu video lagu kemerdekaan berjudul ‘Bersama Satu Suara’ yang dinyanyikan oleh tiga orang penyanyi terkenal tanah air iaitu Alif Satar & The Locos, Jaclyn Victor dan Priscilla Abby.

image is not available
Sumber: youtube

Gabungan oleh tiga orang penyanyi daripada tiga bangsa utama di Malaysia jelas mempamerkan rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum dan aman damai. Lagu tersebut juga amat rancak dan mudah dinyanyikan bersama penyanyi latar.

Gabung elemen Malaysia

Secara umumnya, lirik lagu itu adalah dalam Bahasa Melayu namun ada beberapa perkataan dalam Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin turut diselitkan dalam lagu tersebut.

Permulaan lagu tersebut juga dimasukkan jalan cerita hari perarakan yang selalu disambut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Bangun pagi-pagi, hari mulia ini.. nak kejar MRT. Pergi ke dataran, tengok perarakan.. raikan Merdeka.

image is not available
Sumber: youtube

image is not available
Sumber: youtube

Lebih menarik, visual dalam video itu memaparkan elemen-elemen yang sangat sinonim dengan setiap adat dan budaya bagi setiap bangsa di Malaysia seperti makanan, permainan tradisional dan sebagainya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen meremang dan terharu setelah mendengar lagu patriotik tersebut.

image is not available image is not available

Lagu ni memang catchy!

Sumber: YouTube

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.