Lagu Hindi Klasik Dendangan PM Anwar Curi Perhatian Ramai

LocalMusic
13 Sep 2026 • 1:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lagu Hindi Klasik Dendangan PM Anwar Curi Perhatian Ramai

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian ramai di media sosial selepas beliau menyanyikan lagu Hindi klasik berjudul Khwab Ho Tum Ya Koi Haqeeqat dendangan penyanyi legenda, Kishore Kumar.

Menerusi video yang dimuat naik di laman rasmi Facebook beliau, Anwar secara spontan menyanyikan lagu Hindi itu sambil berdiri di sisi sebuah piano yang dimainkan oleh seorang lelaki.

"Guru minta izin nyanyi kejap ok!," kongsi beliau di Facebook.

Menariknya lagi, Anwar dilihat cukup menghayati nyanyian itu dengan 'sulaman' irama piano.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, yang rata-ratanya teruja serta terhibur melihat sisi santai Anwar.

Baca juga:

"Luar biasa! Benar-benar sesuatu yang sangat mengagumkan dan patut dipuji!. Hanya insan yang mempunyai jiwa dan hati yang indah mampu menghayati serta menghargai seni muzik dengan begitu mendalam. Terima kasih, Perdana Menteri," komen seorang pengguna.

Anwar berkongsi momen santai itu ketika jadual padat beliau menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, India.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved