“Guru minta izin nyanyi kejap ok!”- Penuh penghayatan, PM Anwar dendang lagu Hindi klasik

LocalMusic
13 Sep 2026 • 12:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian pengguna media sosial menerusi aksi santainya menyanyikan lagu daripada filem klasik Bollywood, Sangam.

Menerusi rakaman video yang tular di Threads, Anwar dilihat berdiri di sisi sebuah piano sambil menyanyikan lagu Hindi bersama seorang lelaki yang mengiringinya dengan alat muzik berkenaan.

Image from: “Guru minta izin nyanyi kejap ok!”- Penuh penghayatan, PM Anwar dendang lagu Hindi klasik

Dalam rakaman itu, Anwar antaranya menyanyikan lagu Yeh Mera Prem Patra Padh Kar nyanyian Kishore Kumar sebelum meneruskan dengan Dost Dost Na Raha, Pyar Pyar Na Raha yang dipopularkan Mukesh.

Kedua-dua lagu tersebut merupakan antara lagu daripada filem Sangam yang diterbitkan pada 1964.

Image from: “Guru minta izin nyanyi kejap ok!”- Penuh penghayatan, PM Anwar dendang lagu Hindi klasik

Lebih mencuri perhatian, Anwar dilihat cukup menghayati nyanyian selain mampu mengikuti melodi serta lirik lagu berkenaan.

Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-rata terhibur melihat sisi santai Perdana Menteri itu.

Difahamkan lagu Dost Dost Na Raha itu pernah dinyanyikan Anwar ketika lawatan beliau ke India pada 2024 sebelum pulang ke Malaysia.

Terdahulu, Anwar kini berada di India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi yang berlangsung pada 12 dan 13 September.

Malaysia menyertai sidang kemuncak itu sebagai Negara Rakan BRICS.

Dalam rangka lawatan berkenaan, Anwar turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi bagi membincangkan antaranya kerjasama perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, ekonomi digital, tenaga, pendidikan serta pelancongan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved