Lagu raya Douglas Lim trending, netizen kata lebih best dari lagu lain!

LocalEntertainment
21 Mar 2025 • 10:12 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Pelawak dan penyanyi Douglas Lim mencetuskan fenomena dengan lagu raya terbarunya, Aidilfitri di Malaysia, yang kini tular di media sosial. Dengan gabungan elemen humor dan perpaduan, lagu ini menerima pujian ramai kerana liriknya yang segar dan membawa mesej kebersamaan antara kaum di Malaysia.

Lagu ini bukan sekadar memaparkan keterujaan menyambut Aidilfitri, tetapi juga diselitkan dengan humor yang mencuit hati. Liriknya menggambarkan bagaimana rakan-rakan bukan Muslim turut teruja menyertai sambutan ini, terutama dalam menikmati juadah raya seperti rendang dan serunding, walaupun mereka tidak berpuasa.

@thedouglaslim

Douglas Lim Lagu Raya 2025 – Aidilfitri Di Malaysia (Part 1) Full video on YouTube Performed by Me lah @MURTY Executive Producers Me again Natasha Fernz Recorded, mixed and mastered by @Mixboy2105 Written and composed by Me also Music and Arrangement by Jason Voo Percussion by @Adil Halim Accordion and Additional keyboards by Ayop Azril Special thanks @chelsia_ng #douglaslim #aidilfitridimalaysia #laguraya #laguraya2025 #onlyinmalaysia #comedy #lawakbodoh

♬ Aidilfitri Di Malaysia Part 1 – Douglas Lim

Gaya penyampaian santai ini menjadikan lagu ini lebih dekat dengan rakyat Malaysia, mencerminkan realiti masyarakat majmuk yang berkongsi kegembiraan tanpa mengira latar belakang.

Selain itu, lagu ini turut menyentuh persiapan Aidilfitri seperti membersihkan rumah dan memasang lampu, sesuatu yang dilakukan oleh kebanyakan rakyat Malaysia menjelang perayaan. Gabungan humor, lirik yang bersahaja, dan melodi yang ceria menjadikan lagu ini lebih istimewa dan mudah diingati.

Netizen teruja & puji kreativiti Douglas Lim

Lagu ini mendapat sambutan luar biasa di TikTok dan YouTube, dengan ramai netizen menganggapnya sebagai lagu raya terbaik tahun ini.

“Tak tipu, ini lagu raya paling sedap tahun ni.”

“Saat isu perkauman tengah hangat, hadir lagu ni… terbaik!”

“Lagu ni cukup rempah ratusnya… ada budaya, ada persahabatan, ada cerita, ada satira, ada lawak dan ada nilai sentimental.”

Namun, ada juga perbincangan tentang lirik lagu ini. Beberapa netizen tertanya-tanya mengapa ia seolah-olah hanya menampilkan perspektif kaum tertentu.

“Kenapa India dan Cina sahaja?”

Bagaimanapun, kebanyakan netizen mempertahankan lagu ini, mengatakan bahawa ia sekadar satu cara kreatif Douglas Lim berkongsi pengalaman unik mengenai Aidilfitri dari sudut pandang berbeza.

Dengan sambutan luar biasa ini, ramai berharap Douglas Lim akan terus menghasilkan lagu-lagu bertemakan perpaduan untuk perayaan lain pada masa akan datang.