
SEBAGAI tanda penghargaan dan terima kasih penghibur serba boleh Achey menampilkan anak allahyarham Harun Salim Bachik iaitu Baby Feaaa menerusi lagu raya terbaharunya berjudul Ragam Raya.
Achey yang juga seorang pelawak, penyanyi dan komposer menjelaskan bahawa pemilihan Baby Feaaa dalam lagu berkenaan dibuat kerana allahyarham banyak membantu mencungkil bakatnya dalam industri seni.
“Arwah Harun pernah membantu saya pada tahun 2012 dan selepas ketiadaan beliau saya rasa terpanggil untuk membawa Baby Feaaa ke hadapan.
“Mungkin ini hanya apresiasi kecil jika mahu dibandingkan dengan jasa allahyarham sepanjang karier seni saya. “Alhamdulillah....sebelum ini Baby Feaaa sudah ada lagu duet dengan saya berjudul Kabus dan kini kami keluarkan lagu raya bersama pula,” katanya.

