
Model-model kecerdasan buatan (AI) utama dilatih menggunakan data yang dicuri dan tanpa meminta kebenaran daripada pemegangan hak cipta. OpenAI dan Meta adalah dua syarikat yang berhadapan dengan bayaran ganti rugi bernilai berbilion sekiranya didapati bersalah.

Di Malaysia wujud sesetengah pihak yang percaya, model AI hanya mencuri harta intelek barat tetapi hakikatnya ini adalah tidak benar. The Atlantic menerbitkan laman web yang membolehkan artis menyemak sama ada karya mereka digunakan untuk melatih model AI generatif menjana muzik dan ramai artis Malaysia terkesan.
Antara artis Malaysia yang sempat kami jumpa dalam empat pangkalan data yang mengandungi lebih 21 juta lagu ini ialah Dato’ Sri Siti Nurhaliza (86 lagu), Dato’ M Nasir (82 lagu), dan Butterfingers (54 lagu). Sekiranya anda ingin melihat sama anda karya artis kegemaran anda wujud dalam pangkalan data ini, sila ke pautan di bawah.
Sumber – The Atlantic



