Lagu UiTM Di Hatiku Viral, Jadi Lagu Latar Video Graduan Luar Negara

Entertainment
30 Jun 2024 • 2:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Alumni-alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) pastinya tidak asing lagi dengan lagu keramat UiTM di Hatiku. Lagu yang sinonim ketika majlis konvokesyen itu pastinya menggamit kenangan ketika masih menuntut di sana.

image is not available

Siapa sangka, lagu UiTM di Hatiku itu kini menjadi tular dan telah digunakan sebagai lagu latar oleh graduan luar negara. Kalau ada seorang sahaja yang guna lagu tu kita faham, tapi ada beberapa graduan luar negara yang guna.

Min ada beberapa video untuk korang tengok. Semua video dipetik di TikTok.

Video pertama dipetik dari @estellashkur yang dimuat naik pada 18 Mei baru-baru ini.

Dimuat naik pada 18 Mei baru-baru ini, @doublechin2.0 juga menggunakan lagu UiTM Di Hatiku sebagai lagu latar videonya.

@whiteboy_612 juga menggunakan lagu latar UiTM dalam video yang dimuat naik pada 5 Mei lalu.

Graduan dari belanda @emanueld_03 juga mengikuti trend ini dalam video yang dimuatnaik pada 11 Mei lalu.

Untuk korang yang nak mengimbau kenangan dengar balik lagu UiTM di Hatiku, min ada bagi special untuk korang dalam video di bawah. Korang boleh klik SINI.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.