”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega

6 Sep 2024 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.
 
Menurut Rahmat, kenyataannya ini mungkin membuatkan ada pihak yang terasa namun baginya itulah realiti yang perlu dihadapi.

"Lagu sekarang umpama hanya meniti dibibir tetapi tidak masuk di hati. Kalau kita tengok kenapa lagu dulu-dulu melekat? Sebab sampai dijiwa dan meruntun bila didengar berulang-ulang.

 
“Bagi saya, peranan lagu itu yang pertama ialah cerita dalam setiap lirik yang kita sampaikan. Sebagai contoh kalau lagu yang pertama kita gabungkan, dia akan jadi kombinasi. Kombinasi ini yang akan jadikan lagu itu terus melekat dalam memori.
 
"Sebab lagu hari ini contoh lagu Inggeris di Melayukan jadi tak sedap. Mana sedap sangat kita nak dengar. Dalam erti kata lain lagu itu kosong, umpama tiada makna pada bait lagu tersebut,” ujarnya.
 
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai rahsia awet muda walau mencecah 60 tahun, Rahmat memberitahu dia masih mengamalkan gaya hidup sihat.
 

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih lagi sihat dan bertenaga pada usia sekarang. Sebenarnya, soal penjagaan kesihatan perlu bermula ketika zaman remaja dan bukannya bila jatuh sakit baru nak jaga.

 
"Pada masa sama, kebanyakan lagu nyanyian saya semuanya bernada tinggi, jadi saya kena sentiasa cergas dan bertenaga supaya dapat beri yang terbaik kepada penonton," katanya.
 

View Original Article