"Lah Senang Buat Kerja" - Isu Tempat Duduk Penuh Dengan Pita Pelekat, Ini Penjelasan Air Asia

21 Feb 2023 • 5:04 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Hangat menjadi bualan netizen apabila seorang pengguna Facebook memuatnaik beberapa keping gambar kerusi pesawat penerbangan Air Asia yang dipenuhi dengan pita pelekat kuning baru-baru ini,

image is not available

Syarikat penerbangan itu tampil memberi penjelasan berhubung isu yang berlaku. Pegawai Komunikasi Air Asia, Amzar Anizam berkata, perkara itu terjadi susulan kekurangan bahan gantian dalaman yang dihadapi oleh pihak syarikat penerbangan terbabit.

"Buat masa sekarang bukan sahaja Air Asia, tetapi rata-rata syarikat lain turut berhadapan dengan masalah yang sama dan kami terpaksa meneruskan penerbangan seperti yang dijadualkan.

"Kalau tidak, kami boleh gantikan dengan pesawat yang lain cumanya ia akan menjejaskan masa dan tiket penerbangan penumpang yang sudah menunggu di lapangan terbang.

"Jadi daripada jadual terpaksa ditunda, lebih baik ia diteruskan kerana yang rosak bukan di bahagian enjin ataupun sistem lapangan, kalau tunda nanti lagi ramai yang akan marah,"

Sumber: Majoriti

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved