
Kota Kinabalu: Kelab Silat Lahad Datu A dinobatkan sebagai johan keseluruhan kategori sekolah menengah manakala SK Payang, Lahad Datu juara keseluruhan kategori sekolah rendah Kejohanan Silat Pendekar Muda 3.0 Sabah 2024, baru-baru ini.
Kejohanan anjuran Kelab Sukan Silat Sinar Hijau Lahad Datu (Sisija) itu menyaksikan kira-kira 20 pasukan terdiri daripada 494 pesilat membabitkan empat daerah (Lahad Datu, Tawau, Sandakan dan Beluran) diadakan di Dewan Perdana, Lahad Datu mulai 7 dan 8 Dis.
AdvertisementDalam pencapaian keseluruhan, Kelab Silat Lahad Datu B turut meraih tempat kedua bagi kategori sekolah menengah dengan Kelab Jiwa Silat BWB dari Sandakan mendapat tempat ketiga.
Kelab Silat Dominic Fighter merupakan naib johan bagi kategori sekolah rendah manakala SK Sri Pantai dari Lahad Datu dj tempat ketiga.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Dengan pelbagai kategori yang dipertandingkan, Mohd Daniel Jamil yang mewakili Kelab Silat Lahad Datu A mempamerkan aksi cemerlang dalam kategori bawah 16 tahun (kelas Putera A) selepas mendapat tempat pertama manakala Muhammad Ajimy Abdul Ajid dari Kelab Jiwa Silat BWB Sandakan terpaksa berpuas hati selaku naib juara, diikuti Syahrul Nizam Bolly Rebon (Tawau) dan Mohammad Azrul Abdul Halim (Lahad Datu B) pemenang tempat ketiga bersama.
Bagi kategori wanita (Puteri A – Seni Jurus Tunggal), Damia Daleesya Damansa yang turut mewakili Lahad Datu A mempamerkan kebolehannya dengan menggondol gelaran juara manakala Roslyana Rustam dari Lahad Datu B di tempat kedua manakala Zaralina Zanaklul (Lahad Datu C) dan Nur Sabellah Bakriah (Kelab Jiwa Silat BWB) pemenang tempat ketiga bersama.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam kategori lain, Rizqullah Rizuansha memperoleh emas selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam kategori Seni Solo Kreatif bawah 12 tahun, diikuti Austin John Socobus mendapat tempat kedua dengan Muhammad Hafiz Nawawi Mohd Nazmil dan Mohamad Azzam Furwan Mohamad Amzanie kedua-duanya meraih gangsa.
Nurul Faeyzah dari SK Payang menunjukkan prestasi membanggakan dalam kategori bawah 9 tahun dengan Nur Zahraa Mohd Hafizaimi Akmal dari SK Batu 6 ½ memenangi perak dan Siti Nuraza Faihasafiya Azalan (SK Binuang) dan Nur Alya Mohd Hafizaimi Akmal (SK Batu 6 ½) kedua-duanya mendapat tempat ketiga.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tungku Abd Momen Anchai@Anghai merasmikan pertandingan manakala Unit Kerajaan Persekutuan dan Tempatan Perdana Menteri (Pegawai Tugas Khas kepada Perdana Menteri) Mohamad Mahathir Mohamed Younus merasmikan acara penutupan bersama Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) merangkap Ahli Majlis Sukan Persekutuan Sudirman Arifin.
