“Lain dari yang lain” – ‘Reunion’ Sekolah Lelaki Ini Buat Netizen Rindu Zaman Sekolah

Entertainment
30 Apr 2024 • 4:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebut sahaja reunion, pasti ramai terbayang akan pertemuan bersama kawan-kawan sekolah yang mungkin berbelas atau berpuluh tahun ditinggalkan.

Reunion bukan sahaja sebagai hari berkumpul setelah sekian lama tidak bersua, malah untuk mengeratkan hubungan silaturahim yang terpisah.

Biasanya majlis reunion yang diadakan seperti berkumpul di restoran atau dewan makan yang memuatkan seramai berpuluh orang.

Tapi berbeza dengan majlis reunion yang dikongsikan oleh lelaki ini, di mana dia dan rakan-rakan sekelas semasa sekolah rendah berkumpul di sekolah bersama guru-guru mereka.

Menerusi beberapa perkongsian video oleh @_r_vind_, dia dan rakan-rakan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Saraswathy Sungai Buloh bertemu semula di kelas yang mereka pernah belajar bersama-sama.

Lebih mengujakan, mereka melakukan aktiviti ketika di sekolah seperti duduk di dalam kelas dan bermain cop tiang seperti zaman sekolah dahulu.

Perkongsian yang memaparkan suasana berada di dalam kelas itu telah mencuit hati netizen ketika guru mereka bergurau buat spot check rambut anak-anak muridnya.

Apa yang menjadi perhatian adalah pembaris kuning kayu panjang yang digunakan para guru untuk menghukum pelajar yang melakukan kesalahan.

Dalam pada itu, netizen juga memuji lelaki ini dan serta rakan-rakannya dapat berkumpul bersama dan menyantuni guru-guru yang pernah mengajar di sekolah mereka.

image is not available image is not available

Seronok tengok, buatkan admin rindu zaman sekolah!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article