Lain Dari Yang Lain, Trend Terbaharu Bagi Duit Raya Guna ‘Mock Cheque’

Entertainment
13 Apr 2024 • 6:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tahun ini, kebanyakan keluarga mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu yang unik ketika Hari Raya Aidilfitri menguatkan lagi ukhwah antara ahli keluarga.

Tahun ini, banyak keluarga mengambil kesempatan untuk melakukan trend TikTok bersama. Tidak kurang juga, ada yang mengambil peluang keemasan pada Aidilfitri untuk mengabdikan kenangan mereka bersama keluarga.

Ingin mencipta kelainan, seorang lelaki telah memberikan duit raya menggunakan ‘mock cheque‘ kepada keluarganya.

Apa yang menarik, setiap mock cheque tertera nama masing-masing dan jumlah wang diberikan juga berlainan.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat keluarga itu yang sporting. Malah adik beradik lelaki tersebut juga terkejut dengan ‘surprise‘ duit raya dalam bentuk mock cheque.

“Ini confirm tokei kedai printing,” kata cucu vader.

“Ada sahaja trend TikTok tahun ni. First time nampak bagi mock cheque. Boleh buat hiasan kat almari,” kata Nurul.

“Acara yang rare untuk kenangan bersama keluarga di hari raya,” kata Rez.

Harapnya itu duit raya betullah ye, bukan mock cheque semata-mata.

Kredit: Tiktok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.