
Di Malaysia, terdapat beberapa lebuh raya yang menjadikan sebahagian lorong kecemasan sebagai ‘smart lane’ pada waktu-waktu tertentu yang telah ditetapkan.
Smart lane adalah pengaktifan lorong paling kiri di beberapa laluan kritikal (sesak) di lebuh raya.
Ia bertujuan menambah kapasiti lorong di lebuh raya terutama di laluan-laluan dan dilaksanakan bagi menyuraikan aliran trafik untuk mengurangkan kesesakan.
Masih ada yang tak tahu kawasan laluan smart lane
Meskipun smart lane ini telah dilengkapi dengan papan tanda berwarna kuning, masih ada pengguna lebuh raya yang tidak menyedarinya.
Lebih parah lagi, apabila ada juga segelintir pemandu yang sengaja menghalang kenderaan lain menggunakan smart lane ini kerana beranggapan itu hanyalah lorong kecemasan biasa dan tidak boleh digunakan sesuka hati.
Lelaki bengang, pemandu van sengaja halang laluan smart lane
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang pemandu lelaki bengang selepas sebuah van telah menghalangnya untuk melalui laluan smart lane di Lebuhraya Elite.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@pablofaka), kelihatan van berwarna putih itu dengan sengaja berada di separuh laluan smart lane.
Tindakan pemandu van berkenaan menyebabkan lelaki terbabit tidak dapat melepasi dan melalui laluan tersebut.
“Ini pemandu van acah-acah nak halang orang guna laluan kecemasan, lain kali baca papan tanda kuning itu, sini memang boleh guna tau,” katanya.
Menurut pemilik video, kejadian tersebut dikatakan berlaku di Lebuhraya Elite pada Ahad lalu (29 September).
tolong ajar orang dalam van ni baca signboard
Menyusahkan, orang ramai pakat kecam pemandu van
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut mengecam tindakan pemandu van terbabit yang telah menyusahkan pengguna lebuh raya yang lain untuk menggunakan laluan itu.
Malah, mereka turut menyifatkan pemandu berkenaan sebagai tidak peka terhadap papan tanda smart lane yang diletakkan di sepanjang laluan itu.




Source:





