“Lain Kali Tulis Amaun Yang Betul, Haiyaa..” – Archnionverse Seloroh Jumlah Saman Sebenar Cecah RM194,560, Ini Respon Christy Ng

31 Jul 2026 • 4:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan pemilik akaun Archnionverse, Vikneshvra Rau A/L Jananegah membayar ganti rugi sebanyak RM180,000 kepada syarikat Christy Ng berhubung kes fitnah, nampaknya ada satu perkara yang masih menjadi perhatian.

Bukan keputusan mahkamah, tetapi… jumlah yang perlu dibayar.

Advertisement

Menerusi satu hantaran di Threads, Vikneshvra secara berseloroh menegur Christy Ng yang sebelum ini memaklumkan jumlah saman adalah RM180,000.

Chirsty ng

Difahamkan, jumlah RM194,560 itu dipercayai merangkumi kos lain termasuk kos guaman dan perbelanjaan berkaitan selain ganti rugi RM180,000 yang diperintahkan mahkamah.

Christy Ng Beri Respon Ringkas

Tidak lama kemudian, Christy Ng turut membalas hantaran tersebut dengan nada yang dilihat tenang tetapi sinis.

CnG

Menurut Christy, syarikatnya hanya menyatakan jumlah ganti rugi yang diputuskan mahkamah, manakala jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah perkara berasingan.

Syarikat Christy Ng Menang Kes Fitnah, Mahkamah Arah Pemilik Akaun ‘Archnionverse’ Bayar RM180K – “Duit Saman Kami Akan Salurkan Ke Badan Kebajikan”

Sebelum ini, syarikat Christy Ng memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Vikneshvra membayar RM180,000 sebagai ganti rugi susulan beberapa hantaran yang didakwa berunsur fitnah terhadap syarikat itu.

Dalam kenyataan sama, Christy turut memaklumkan wang ganti rugi tersebut akan disalurkan kepada badan kebajikan sekiranya berjaya diperoleh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Lain Kali Tulis Amaun Yang Betul, Haiyaa..” – Archnionverse Seloroh Jumlah Saman Sebenar Cecah RM194,560, Ini Respon Christy Ng2026-07-30 12:40:53

Syarikat Christy Ng Menang Kes Fitnah, Mahkamah Arah Pemilik Akaun ‘Archnionverse’ Bayar RM180K - "Duit Saman Kami Akan Salurkan Ke Badan Kebajikan"

The post “Lain Kali Tulis Amaun Yang Betul, Haiyaa..” – Archnionverse Seloroh Jumlah Saman Sebenar Cecah RM194,560, Ini Respon Christy Ng first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved