“Lain Macam Dia Ni Sejak Cerai” – Hantaran Media Sosial Yusuf Bahrin Curi Tumpuan Ramai

EntertainmentLifestyle
19 Jun 2026 • 10:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Tindakan pelakon Yusuf Bahrin memuat naik sebuah video memaparkan rutin hariannya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menerusi video tersebut, Yusuf atau nama penuhnya Muhammad Yusuf Bahrin berkongsi beberapa aktiviti yang dilakukan termasuk bersenam di gimnasium dan menjalani penggambaran.

Advertisement
View this post on Instagram

Dalam masa sama, bekas suami penyanyi Zizi Kirana itu turut berkongsi pandangannya mengenai makna kebebasan yang sebenar menerusi kapsyen yang dimuat naik.

“Semakin dewasa, semakin saya faham bahawa kebebasan bukan sekadar tentang duit. Tentang memiliki kebebasan untuk meluangkan masa pada perkara yang benar-benar penting.”

“Apa yang paling bernilai bagi kalian sekarang, masa atau duit?” katanya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai pengikutnya yang membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi.

@yusuf_bahrin

Not everyone will understand it yet. And… that’s okay. Setuju ?

? original sound – Yusuf Bahrin – Yusuf Bahrin

Malah, ada netizen yang memuji penampilan Yusuf dan menyifatkan pelakon itu semakin menyerlah sejak kembali bergelar solo.

“Wah! Lain macam dia sejak kembali solo.”

“Kacak betul, nombor dua selepas Zul Ariffin.”

“Dia ‘belanja’ badan nampak pusat pula!” usik netizen.

Image from: “Lain Macam Dia Ni Sejak Cerai” – Hantaran Media Sosial Yusuf Bahrin Curi Tumpuan RamaiImage from: “Lain Macam Dia Ni Sejak Cerai” – Hantaran Media Sosial Yusuf Bahrin Curi Tumpuan Ramai

Untuk rekod, Yusuf pada 2 April lalu sah bercerai talak satu dengan penyanyi Zizi Kirana menerusi prosiding tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rosyam nor2026-06-18 16:30:23

"Dah Tua Tak Payah Kot Berlakon Macam Ni, Geli" - Rosyam Nor Respon Lakonan Dalam Drama Terbaru Dikecam Ramai

i

The post “Lain Macam Dia Ni Sejak Cerai” – Hantaran Media Sosial Yusuf Bahrin Curi Tumpuan Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved