“Lain macam healing” – [VIDEO] Gelagat Budak Solat Siap Sujud Dalam Laut Buat Ramai Terhibur

Entertainment
5 Jan 2023 • 10:12 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pantai antara lokasi tengah hype untuk healing, merawat luka dan jiwa serta boleh menenangkan fikiran yang serabut tanpa gangguan orang lain.

Namun lain pula cara healing seorang budak lelaki yang selamba solat di tengah laut sehingga mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @chekam26, kelihatan seorang budak lelaki dikatakan sedang mendirikan solat di tengah lautan.

Difahamkan, pemilik video pada awalnya mahu merakam moment anaknya sedang bermain di tepi pantai namun terakam gelagat seorang budak lelaki.

Kelihatan budak lelaki itu mengangkat kedua-dua belah tangan seperti sedang mengangkat takbir dan apa yang mengejutkan dia sanggup memasukkan kepalanya ke dalam air laut untuk bersujud.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dengan rata-rata netizen terkedu dengan gelagat budak lelaki tersebut.

Ada yang bependapat mungkin itu cara dirinya untuk healing. Malah, segelintir netizen berseloroh mengatakan sekurang-kurangnya dia masih ingat pesan ibunya agar solat lah di mana sahaja dia berada.

image is not available

image is not available

Sekadar info, hukum melakukan solat dalam air adalah sah sekiranya tiada kawasan darat dan dalam keadaan darurat saja, menurut video ceramah pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus.

Tapi, hukum solat menjadi tidak sah sekiranya sengaja melakukan solat di dalam air meskipun sudah ada kawasan darat yang kering.

Orang dewasa pun belum tentu berani buat macam adik ini. Kau memang kental dik!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article