“Lain Macam..” – Tinggalkan Komen Di IG Pelakon Thai ‘G*y’, Hael Husaini Jadi Bualan Netizen

Entertainment
31 Oct 2022 • 11:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, penyanyi sensasi Hael Husaini sekali lagi menjadi bualan netizen selepas dilihat meninggalkan komen di Instagram milik seorang pelakon lelaki terkenal dari Thailand, Gulf Kanawut.

Menerusi hantaran tersebut, Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini bin Razmi telah menitip pesanan buat Gulf untuk tidak meninggalkan makan malam.

Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 33 tahun itu turut berharap akan bertemu lagi dengan pelakon Thailand berkenaan.

Don’t skip dinner, and see you again.

image is not available

Difahamkan, Hael dan Gulf telah berjumpa di acara Onitsuka Tiger yang diadakan di Tokyo, Japan.

Susulan itu, komen yang ditinggalkan Hael menjadi bualan hangat orang ramai yang rata-ratanya mendakwa pelakon itu cuba untuk memikat hati Gulf.

Malah, ada juga segelintir netizen yang telah membuat rakaman skrin memaparkan bukti komen Hael dan memuat naik semula di platform TikTok.

image is not available

Info tambahan, terdapat beberapa video di aplikasi TikTok memaparkan Gulf berciuman dan menjalinkan hubungan dengan kaum sejenis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Bukan Masalah Besar Sangat" - Anak Terpalit Kontroversi Jadi 'Pelakor', Kazar Mohon Semua Pihak Berdamai