Lain Macam, Tuan Rumah Sediakan Booth Aiskrim “Rare” Untuk Tetamu 

19 Nov 2025 • 3:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lain Macam, Tuan Rumah Sediakan Booth Aiskrim “Rare” Untuk Tetamu 

Kebiasaannya apabila menghadiri mana-mana kenduri kahwin, para tetamu akan dijamu dengan hidangan tradisi seperti nasi minyak lengkap dengan ayam masak merah, jelatah, kuah dal dan papadom yang menjadi pelengkap sajian

Namun, sudah banyak majlis kahwin sekarang yang membuat kelainan dengan menyediakan aneka jenis makanan selain menu utama.

Seiring perubahan masa dan kreativiti tuan rumah, semakin banyak majlis kahwin hari ini tampil dengan kelainan tersendiri.

Selain menu utama, tuan rumah kini gemar menyediakan pelbagai pilihan makanan sampingan daripada hidangan moden, street food, makanan viral hinggalah stesen makanan bertema bagi memberikan pengalaman yang lebih unik kepada para tetamu.

Lain macam, biasa beli ais krim dekat kedai

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial apabila kelihatan sebuah booth MIXUE di sebuah majlis perkahwinan yang menyajikan ais krim vanila terkenal daripada jenama itu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @arezuraidha di TikTok, kelihatan seorang pekerja sedang menekan pemegang tuas pada mesin bagi mengeluarkan aiskrim.

Dalam masa yang sama, kelihatan seorang kanak-kanak sabar menanti aiskrim itu dihulurkan oleh pekerja yang bertugas.

Di atas meja yang disediakan pula, beberapa kon aiskrim diletakkan dalam bekas lut sinar sebagai tanda tempahan yang diterima.

Apa yang lebih menarik lagi terdapat maskot ikonik MIXUE iaitu “Snow King” turut diletakkan di hadapan booth berkenaan.

“Okay sempat kumpul duit ni”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terkejut kerana tuan rumah menjadikan MIXUE sebagai booth sampingan, memandangkan mereka jarang melihat booth seperti ini.

Ada juga yang berminat untuk menjadikan MIXUE sebagai booth di kenduri kahwin mereka, malah ada yang sempat bertanyakan cara untuk menghubungi pihak yang menguruskan booth ini.