“Lain Semua Boleh Pergi Mampus” – Jojo Bengang Dikritik ‘Coach’ Media Sosial Selepas Kalah

27 Jan 2025 • 1:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Jojo

Baru-baru ini, Jojo atau Johan Ghazali seorang petinju Muay Thai berusia 18 Tahun bertarung dalam satu perlawanan terbesar dalam kariernya di One Championship 170 menentang petinju Muay Thai dari Colombia, Johan Estupinan.

Namun, kemenangan tidak berpihak kepada beliau dalam perlawanan tersebut dan hanya kalah ‘tipis’ dengan beza beberapa ‘point’ sahaja menentang petinju Colombia yang mempunyai rekod tanpa kalah.

“Saya minta maaf kepada semua ‘coach’ sosial media…” – Kata Jojo

image is not available

Kekalahan ‘tipis’ Jojo menjadi sensasi di sosial media beserta dengan pelbagai komen dan reaksi tentang prestasi beliau dalam perlawanan itu, ada yang memuji penumbuk ‘berbisa’ beliau, namun, tak kurang hebat juga yang mengkritik prestasinya. Jojo tampil respon di laman Instagram beliau terhadap kritikan netizen.

“Lepas Jojo fight haritu Jojo baru sedar yang Malaysia mempunyai banyak grandmaster yang sangat pakar dalam sukan muaythai ni, minta maaf ya semua “coach” socmed yang tidak puas hati dengan prestasi Jojo. Insyallah lain kali aku pegi training ngan korang je.” – Katanya

Kenyataan beliau itu jelas menunjukkan beliau tidak senang dengan kritikan yang tidak berasas dan membina selepas beliau sudah berusaha sehabis baik untuk mengharumkan nama negara.

Jojo bersyukur ramai yang ikhlas sokong beliau…

image is not available

Walaupun Jojo memerli sesetengah netizen ‘serba boleh’ itu, beliau juga tidak lupakan netizen yang sentiasa menyokong kariernya dari awal sehingga sekarang, dimana beliau akui mereka ini adalah pembakar semangat untuk beliau bangkit.

Kadang kadang Jojo terlalu focus pada perkara negatif Jojo terlupa dengan apa yang Jojo ada. TERIMA KASIH. Demi supporter aku, aku akan bangkit. Lain semua boleh pegi MAMPUS! – Katanya

Beliau juga mengharapkan penyokong tidak jemu memberi motivasi untuk beliau terus terajuinya karier sebagai petinju Muay Thai selain dapat mengharumkan nama Malaysia.

#OhmediaNasihat

Bagi Ohmedia, Jojo berusia 18 tahun dan perjalanan beliau dalam Muay Thai masih panjang. Jadikan kekalahan sebagai pengajaran, dan fokus pada kritikan membina untuk terus memperbaiki diri. Abaikan komen negatif yang tidak berasas dan terus hargai sokongan ikhlas penyokong. Teruskan berjuang, bangkit lebih kuat dan harumkan nama Malaysia!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Stadium Astro


The post

appeared first on

.