“Laju je buat andaian…” – Tular Video Jeling Ruhainies, Betty Rahmad Selar Kenyataan Netizen

Entertainment
20 Jun 2025 • 2:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan tiga selebriti iaitu Betty Rahmad, Nora Danish serta Ruhainies bergambar bersama.

Namun, video itu mendapat perhatian ramai apabila kelihatan Nora Danish serta Betty Rahmad seakan menjeling Ruhainies. Malah, selepas gambar mereka bertiga diambil kelihatan Nora serta Betty terus menyambung makan.

Perkongsian pengguna TikTok @mamaayuueshi itu mendapat perhatian sehinggakan ada netizen berpendapat Betty dan Nora kurang selesa dengan kehadiran Ruhainies.

image is not available

Pun begitu, Betty Rahmad menerusi laman Threads miliknya menafikan perkara itu serta menyatakan orang ramai tidak seharusnya membuat andaian berkenaan situasi tersebut.

Malah, dia juga berkata video itu disunting secara slow motion bagi mengeruhkan lagi keadaan.

“Laju je nak buat andaian hanya dari video slomo tu. Korang rasa i pergi majlis ilmu untuk apa? Kalau nak niat jahat dengan org or judge orang.

Lebih baik duduk rumah je mcmtu. Masa I terlalu berharga untuk judge or ambil tau pasal orang. Banyak benda dekat diri I nak kena betulkan,” tulisnya di Threads.

Dalam pada itu, usahawan selebriti itu juga mengingatkan agar orang ramai tidak membuat spekulasi berdasarkan video 6 saat itu.

Sumber: TikTok, Threads

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.