“Laju terokz!” – Sah Masa Tayangan Mechamato Ditambah, Tindakan Pantas Fahmi Fadzil Dipuji

Entertainment
18 Dec 2022 • 10:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, Lobak Merah pernah melaporkan tentang Ketua Pengarah MONSTA, Nizam Abd Razak yang berkongsi kekecewaannya di media sosial mengenai masa tayangan filem animasi tempatan, Mechamato yang telah dikurangkan.

image is not available

Dikhabarkan, masa tayangan filem Mechamato dipercayai dikurangkan untuk memberi laluan kepada filem antarabangsa, Avatar: The Way of Water.

Pun begitu, min ada berita gembira yang nak dikongsikan pada korang sebab masa tayangan Mechamato akan ditambah oleh pihak pawagam.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil menerusi akaun Twitter rasmi miliknya.

Berita itu ternyata disambut baik netizen di media sosial. Meninjau ke ruangan komen, ramai yang kagum dan memuji YB Fahmi Fadzil atas tindaka pantasnya menyelesaikan isu berkenaan dalam tempoh kurang 24 jam.

Untuk rekod, dalam masa enam hari ditayangkan di pawagam, filem animasi ini sudah mencatatkan kutipan sebanyak RM10 juta.

image is not available

Lagi gempak, filem Mechamato juga berjaya menduduki tangga ke-4 dalam kalangan 100 karya Anime Terbaik menerusi Festival Anugerah Anime Tokyo 2023.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.