“Laki bini rempit” – [VIDEO] Netizen Kecam Aksi Anak Ahli Politik Nak ‘Cium’ Isteri Depan Tetamu

Entertainment
7 Oct 2022 • 1:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, seorang influencer pernah tular di media sosial apabila dia dituduh mengambil tempat pelajar susah di IPTA selepas memuat naik gambar self reward pergi bercuti ke Dubai menaiki kapal terbang dengan tiket first class.

Untuk pengetahuan korang, influencer tersebut telah pun mendirikan rumahtangga baru-baru ini bersama teman lelakinya yang juga anak kepada seorang ahli politik.

Namun begitu, satu video yang dimuatnaik di TikTok dari majlis perkahwinan ini telah tular di media sosial hingga mendapat kritikan dan kecaman dari netizen.

Dalam video tersebut, dapat dilihat anak ahli politik ini telah membuat aksi seperti mahu mencium mulut isterinya di depan tetamu ketika sesi bergambar.

Kelakuannya ini kemudiannya disambut gelak ketawa dari tetamu yang melihat sebelum pengantin lelaki ini menjerit…

Tak sabar derrr”

Menerusi ruangan komen, ramai netizen menganggap kelakuan pengantin lelaki ini agak melampau walaupun tujuannya hanya untuk bergurau.

image is not available

Selain dari video ini, sebelum ini juga netizen turut mempertikaikan bagaimana anak ahli politik ini boleh membuat majlis kahwin besar-besaran selepas ahli politik tersebut telah melancarkan crowdfund mengumpul dana bagi membayar saman fitnahnya.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.