“Laki Tak Nak Hilang Provider Besar” – Isteri Anggota Bomba Dakwa Suami Kantoi Curang Dengan Skandal Berduit

15 Jul 2026 • 2:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas mendakwa suaminya yang juga anggota bomba kantoi curang dengan wanita lain.

Menerusi perkongsian itu, si isteri mendakwa dirinya berada pada titik terendah apabila menangkap suami bersama seorang perempuan yang sebelum ini dikatakan hanya sekadar kawan.

Dakwa suami keluar dengan wanita lain

Dalam hantaran tersebut, si isteri mendakwa hubungan suaminya dengan wanita itu bukan seperti kawan biasa. Katanya, mereka pernah menaiki motosikal bersama dan saling memanggil dengan panggilan manja.

bomba curang

Si isteri turut mendakwa wanita itu sanggup memberikan wang kepada suaminya setiap kali diminta.

Menurutnya, alasan yang diberikan adalah wang tersebut hanya dipinjam, namun suaminya didakwa sering menyebut wanita itu sebagai ‘banker’.

Dakwa skandal berduit jadi ‘provider’

bomba curang

Si isteri mendakwa, suami yang merupakan anggota bomba gred 29 tidak takut kehilangan kerja kerana yakin jabatannya masih memerlukan dirinya.

Dakwanya lagi, wanita itu juga bukan calang-calang orang kerana berkhidmat sebagai seorang peguam.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menasihati wanita itu supaya kekal kuat dan tidak membuat keputusan terburu-buru dalam keadaan emosi.

Dalam masa sama, ada juga yang mencadangkan agar perkara tersebut diselesaikan melalui saluran yang betul, lebih-lebih lagi apabila melibatkan dakwaan terhadap beberapa individu.

The post “Laki Tak Nak Hilang Provider Besar” – Isteri Anggota Bomba Dakwa Suami Kantoi Curang Dengan Skandal Berduit appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved