Drama 30 episod, Surat Dari Tuhan, akhirnya melabuhkan tirai pada malam Selasa dengan pengakhiran Misha (lakonan Janna Nick) meninggal dunia akibat terjatuh dari bangunan terbiar sebelum sempat ditangkap oleh pihak polis, atas kesalahan membunuh ibu mertuanya.
Pada awal tayangan drama Surat Dari Tuhan, ramai netizen yang mengecam ekoran watak Misha dikatakan agak keterlaluan semasa menjalani penggambaran di Tanah Suci. Namun, kebanyakan penonton mula meminati dan mengikuti setiap episod drama berkenaan.
Sudah pasti ramai yang geram dengan watak Ryan (lakonan Shukri Yahaya) yang berkahwin dengan Misha yang kemudian curang dengan kawan baik suaminya sendiri, Mus.
Selain itu, ibu Ryan turut menjadi mangsa kejahatan Misha di mana dia ditolak sehingga terjatuh di tangga dan hilang ingatan.
Walaupun begitu, ramai yang berpuas hati dan memuji lakonan Janna Nick yang dikatakan berjaya membawa watak Misha dengan begitu cemerlang.
“Walaupun tak suka Janna, tapi kena mengaku la. Lakonan Janna dalam cerita ini memang 5 star, dia punya setan level 7 tingkat. Berjaya betul dia bawa watak Misha,” kata Fadzil.
“Janna kali ini jahat dia lain macam. Tak ada satu episod pun dia bertaubat kejap ke apa,” kata Yaya.
“Banyak-banyak drama Melayu, ini lagi best sebab banyak pengajaran juga. Paling sakit hati dengan perangai Misha tu, tapi pengakhirannya tragis. Semoga menjadi iktibar,” kata Fatin.
Sumber: Movie Addict (MY)
The post ‘Lakonan dia memang 5 star, dia punya setan level 7 tingkat!’ – Netizen puji lakonan Janna Nick dalam drama Surat Dari Tuhan appeared first on The Reporter.



