Lakonan Ryu Junyeol Dipuji, Drama ‘The 8 Show’ Dapat Respon Baik Dari Penonton

Entertainment
19 May 2024 • 12:36 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Netflix telah mengeluarkan drama terbaru mereka iaitu “The 8 Show”.

Pada 17 Mei, kesemua 8 episod telah dikeluarkan dan ianya langsung menjadi topik hangat di kalangan penonton. Terutamanya kerana, drama yang bertemakan survival dan ngeri ini seakan sama seperti siri terkenal Netflix, “Squid Game”.

Drama ini mengisahkan tentang 8 orang individu mengambil bahagian dalam satu permainan survival tanpa mengetahui siapa yang menganjurkannya. Persamaan diantara peserta-peserta tersebut ialah kesemua mereka sudah berputus asa dengan kehidupan masing-masing.

Mereka juga perlu mengambil giliran untuk menghabiskan setiap permainan di semua tingkat, sehingga tingkat tertinggi iaitu tingkat 8 untuk mendapatkan wang ganjaran.

image is not available

Selain daripada jalan ceritanya yang unik, penonton turut memuji lakonan hebat pelakon-pelakon dalam drama ini, termasuk Ryu Jun-yeol.

Meskipun penyertaan pelakon itu pada mulanya disetujui ramai disebabkan oleh kontroversinya bersama Han So-hee dan Hye-ri, lakonan serta ekspresinya dalam “The 8 Show” sangat bagus sehingga menyukarkan penonton untuk mengkritiknya.

Korang dah tonton ke belum drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.