Laksa Sarawak Vs Laksa Penang, Mat Salleh Kata Laksa Sarawak Lagi Sedap

30 Apr 2023 • 10:20 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kenakan laksa Sarawak memang tidak dapat dinafikan.

Laksa Sarawak Vs Laksa Penang, Mat Salleh Kata Laksa Sarawak Lagi Sedap. Setiap orang mempunyai citarasanya tersendiri terutamanya dalam pemilihan makanan. Ada sesetengah dapat menerima sesuatu hidangan dengan baik, ada juga sesetengah yang tidak dapat menerimanya.

Apa yang penting, kita haruslah sama-sama menghormati budaya satu sama lain dan menerima seadanya pandangan yang berbeza daripada pandangan kita.

image is not available
Laksa Sarawak Vs Laksa Penang, Mat Salleh Kata Laksa Sarawak Lagi Sedap

Mat Salleh cuba laksa Penang dan Laksa Sarawak

Baru-baru ini di TikTok, terdapat sebuah video yang dikongsikan di mana seorang Mat Salleh mencuba Laksa Penang dan juga Laksa Sarawak dengan mata yang telah ditutupi kain.

Dalam video tersebut Mat Salleh itu perlu memberi pendapatnya Laksa yang mana lebih sedap. Setelah mencuba kedua-dua laksa berkenaan, Mat Salleh itu lantas memilih Laksa Sarawak sebagai laksa yang lebih sedap.

image is not available

Netizen di ruangan komen juga rata-ratanya memilih laksa Sarawak

Di ruangan komen pula, netizen rata-ratanya memilih Laksa Sarawak sebagai kegemaran mereka dan ada juga sesetengah netizen yang mengatakan bahawa kedua-dua laksa tersebut sedap.

Jadi anda rasa Laksa mana yang paling anda suka dan menjadi buah hati anda?

Lagi artikel menarik untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved