Tradisi Unik Pada Aidilfitri, Ketahui Adat ‘Berlanggar Meja’ Yang Hanya Ada Di Sarawak

29 Apr 2023 • 6:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Adat unik Langgar Meja yang hanya ada di Sarawak.

Tradisi Unik Pada Aidilfitri, Ketahui Adat ‘Berlanggar Meja’ Yang Hanya Ada Di Sarawak. Tahukah anda di Sarawak terdapat satu tradisi unik pada Aidilfitri yang sudah lebih 100 tahun usianya dan masih lagi dilakukan sekarang.

Tradisi Berlanggar Meja yang khas dilakukan pada perayaan Aidilfitri ini adalah satu majlis di mana sebuah kampung mengadakan jamuan makan di meja yang panjang bersama-sama yang berlangsung selama 5 hari berturut-turut dan dahulu biasanya diadakan pada penghujung aidilfitri.

image is not available
Tradisi Unik Pada Aidilfitri, Ketahui Adat ‘Berlanggar Meja’ Yang Hanya Ada Di Sarawak. Sumber Foto: Berita Harian

Makan bersama-sama di meja yang disusun memanjang

Penduduk kampung akan makan di meja makan yang disusun secara memanjang (ada yang sehingga 3.2 kilometer panjangnya) dan mereka akan duduk bersama-sama menikmati setiap hidangan disediakan pada setiap meja.

Tradisi berlanggar Meja ini adalah salah satu adat kaum Melanau di Sarawak yang kian pupus dan sudah tidak banyak dilakukan pada zaman ini.

Antara lokasi yang masih melakukan tradisi ini adalah di Igan, Sarawak. Penduduk di Igan menganggap tradisi yang unik ini sebagai salah satu cara menghormati tetamu di perayaan Aidilfitri yang penuh bermakna ini.

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok Zeeq Jupiter

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok Zeeq Jupiter

Kongsi pengalaman menghadiri Adat Langgar meja di Kampung Igan

Baru-baru ini, terdapat sebuah video di TikTok di mana pengguna tersebut berkongsi pengalamannya menghadiri adat langgar meja di Kampung Igan. Kemeriahan suasana pada majlis itu boleh dilihat jelas dalam video perkongsiannya.

Dalam video tersebut juga dilihat juadah yang dinikmati oleh penduduk di Kampung Igan tersebut di mana mereka disajikan Sup Tulang, Daging Masak Hitam, Ikan, dan banyak lagi.

Generasi muda pada masa kini ramai yang tidak mengetahui mengenai adat unik dan istimewa ini. Diharap agar adat ini diteruskan lagi di masa hadapan kerana ia adalah salah satu inisiatif yang baik untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama umat Islam.

Lagi artikel menarik untuk anda di sini: