
SABAK BERNAM, 3 MEI: Projek jangka masa segera sedang dilaksana di beberapa kawasan bagi mengatasi masalah banjir.
EXCO infrastruktur berkata langkah drastik itu memfokuskan kawasan yang pembangunannya tidak tersusun.

“Pelaksanaan projek jangka panjang sedang digerakkan tetapi pada masa sama kita ambil langkah segera, elak banjir berulang.
“Kita tidak boleh tunggu projek jangka panjang siap kerana banjir beri kesan besar kepada rakyat,” kata Dato’ Ir Izham Hashim hari ini.
Beliau ditemui pada majlis pelancaran baja premium menggunakan teknologi pertanian maju dan lestari (B.A.S.E) dibangunkan syarikat Briar Resources Sdn Bhd dan Behn Meyer di Sekinchan.

Dalam pada itu, Izham memaklumkan beliau akan turun padang meninjau lokasi panas banjir di Klang Isnin depan sebelum memutuskan langkah segera yang bakal dilaksana.
“Lawatan ini melibatkan pelbagai agensi antaranya Jabatan Kerja Raya, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Pengairan dan Saliran…kita akan selaraskan dan terus laksanakan.
“Contohnya di Sri Muda kita telah laksana dan selepas ini diteruskan di Klang kemudian di Shah Alam. Langkah segera ini diambil sementara menunggu projek jangka panjang siap,” katanya.
The post Laksana projek segera di kawasan pembangunan tidak terancang, elak banjir berulang appeared first on Selangorkini.


