“Laku keras pula tu!” – Ramai Risau Novel Berunsur S*ft P*rn Dijual, Budak Sekolah Pun Beli!

Entertainment
3 Jul 2024 • 2:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Membaca sangat penting untuk meningkatkan perkembangan otak, khususnya buat kanak-kanak.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah kes di mana terdapat novel yang berunsur lucah dijual secara berleluasa, lebih menyedihkan novel bergenre itu turut dijual kepada kanak-kanak bawah umur.

Dalam perkongsian penceramah dan pakar motivasi, Akhi Fairuz, beliau berkongsi di laman Facebook terdapat sebuah novel yang menimbulkan kegusaran guru, ibu bapa serta pemain industri buku.

image is not available

Dalam hantaran itu beliau menampilkan beberapa review daripada ibu bapa yang risau dengan bahan bacaan itu, malah difahamkan novel tersebut dicetak sebanyak 80,000 unit untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dan ianya laku dijual.

Beliau turut memaparkan beberapa muka surat daripada novel tersebut yang menulis adegan berbaur lucah dan lebih merisaukan ia memberi gambaran adegan wanita sedang dirogol.

“Di perpustakaan sekolah pun ada!”

Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan ibu bapa yang risau dengan bahan bacaan anak-anak mereka, malah ada juga ibu bapa yang berkongsi novel berbaur lucah itu boleh didapati di perpustakaan sekolah.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu sudah mendapat lebih 577 shares serta lebih 300 komen.

Allahu, makin merisaukan!

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article