Laku RM16,500! Hasil bidaan tongkat Hadi Awang disalur untuk tabung PRN Melaka

LocalPolitics
24 Aug 2026 • 9:27 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tongkat milik Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berjaya mencatat nilai bidaan RM16,500 pada Majlis Makan Malam Amal Pas Negeri Melaka yang berlangsung di sebuah hotel di Ayer Keroh, di sini, malam Ahad.

Image from: Laku RM16,500! Hasil bidaan tongkat Hadi Awang disalur untuk tabung PRN Melaka

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Sinar Harian, tongkat yang diperbuat daripada kayu kemuning dan tertera parap TGHH itu pada mulanya ditawarkan pada harga RM2,500.

Bagaimanapun, nilai bidaan terus meningkat secara berperingkat sebelum akhirnya mencecah RM16,500.

Lelongan tersebut dianjurkan sebagai antara usaha Pas mengumpulkan sumbangan menerusi tabung parti bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Tongkat berkenaan kemudiannya diserahkan sendiri oleh Abdul Hadi kepada individu yang memenangi bidaan, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Image from: Laku RM16,500! Hasil bidaan tongkat Hadi Awang disalur untuk tabung PRN Melaka

Muhamad Muqharabbin sebelum ini mencipta nama sebagai bekas pendaki Gunung Everest termuda dari Asia Tenggara.

Dalam perkembangan politiknya, beliau pernah menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai selain menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia sebelum memilih untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Artikel lain: Abdul Hadi enggan ulas isu PAS, BERSATU – “Tunggu minggu depan saya beri kenyataan”

Beliau kemudiannya meninggalkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Lembah Pantai sebelum mengambil keputusan menyertai Pas.

Muhamad Muqharabbin pada awalnya menyertai Pas sebagai ahli biasa sebelum kira-kira dua bulan lalu dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Lembah Pantai.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved