'Tongkat Ayahcik dibida bukan kerana taasub' – Khairuddin

LocalPolitics
24 Aug 2026 • 3:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Tongkat Ayahcik dibida bukan kerana taasub' – Khairuddin
Khairuddin menjelaskan, bidaan tongkat diperbuat daripada kayu kemuning itu turut menjadi satu kenangan dengan pemimpin berkenaan.

SHAH ALAM – Tindakan membida tongkat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bukan kerana sikap taasub, sebaliknya didorong semangat untuk menyumbang kepada perjuangan parti.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Takiri menjelaskan, bidaan tongkat diperbuat daripada kayu kemuning itu turut menjadi satu kenangan dengan pemimpin berkenaan.

"Itu semangat yang patut ada pada semua ahli parti dalam parti mana sekalipun kerana parti hidup dengan sumbangan ahli.

"Dulu pun saya pernah membida dalam muktamar Pas untuk sumbangan RM4,000. Walaupun berbeza parti tidak semua benda perlu dilihat salah," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Terdahulu, tongkat milik Abdul Hadi dibida oleh bekas pendaki Gunung Everest termuda dari Asia Tenggara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin pada harga RM16,500.

Lelongan dalam Majlis Makan Malam Amal Pas Negeri Melaka berkenaan diadakan sebagai salah satu usaha mengumpul sumbangan untuk tabung parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Khairuddin berkata, perbezaan politik perlu dihadapi secara sederhana dan tidak seharusnya membawa kepada sikap berlebih-lebihan atau ‘ghuluw’.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved