Lakukan Kekerasan Ke Atas Pegawai Polis, Lelaki Dari Miri Ini Dipenjara 6 Bulan

26 Oct 2022 • 3:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mencederakan anggota polis dengan pisau

Lakukan Kekerasan Ke Atas Pegawai Polis, Lelaki Dari Miri Ini Dipenjara 6 BulanS. eorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencederakan anggota polis menggunakan pisau.

image is not available
Lakukan Kekerasan Ke Atas Pegawai Polis, Lelaki Dari Miri Ini Dipenjara 6 Bulan. Sumber: Borneo Post

Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi menjatuhkan hukuman itu terhadap Sophie Hamzah, 44, dari Kampung Hilir di Sibu selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya apabila disabitkan.

Hukuman terus berjalan pada tarikh ditangkap

Mahkamah turut memerintahkan supaya hukuman itu berjalan dari tarikh dia ditangkap pada 29 Jun tahun ini.

image is not available
Gambar hiasan

Berdasarkan pertuduhan, Sophie melakukan kesalahan itu terhadap Sgt Rasli Linang di tepi jalan Jalan Miri-Pujut di sini pada 2.20 pagi, 29 Jun tahun ini.

Pendakwaan kes dikendalikan Insp Mudzilawati Abdul Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Lagi artikel terkini di sini: