Creepy! Video Suspek Tenang & Sempat Senyum Bawa Mayat Rakan Sekerja Lepas Dibunuh Akibat Cemburu

Entertainment
21 Oct 2022 • 2:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, polis telah menahan seorang lelaki berusia 36 tahun atas tuduhan pembunuhan seorang wanita di mana mayat mangsa ditemui berbalut plastik di Jl Kalimalang, Pondok Gede, Bekasi. Pembunuhan ini dilakukan suspek di sebuah pangsapuri di kawasan Pramuka, Jakarta Timur.

Menurut Detik.com, pembunuhan itu berlaku pada hari Isnin lepas (17/10/2022). Selepas membunuh mangsa, suspek mengangkut mayat mangsa menggunakan troli.

 

Muka chill lepas bunuh

Tindakan suspek mengangkut mayat mangsa telah dirakam CCTV. Daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi sumber, kelihatan suspek sedang menyorong troli tersebut masuk ke dalam lif.

Suspek dilihat terjumpa beberapa individu yang berada di dalam lif tersebut dan sempat bersapa sambil tersenyum, malah suspek juga dilihat begitu tenang.

Pintu lif kemudian terbuka, seorang lagi pengunjung lelaki memasuki lif. Suspek kemudiannya memberi salam kepada lelaki itu.

Kedua-dua lelaki itu kelihatan tidak curiga bahawa suspek membawa mayat yang sudah berbalut dengan plastik di dalam troli.

Selepas berjaya mengeluarkan mayat mangsa, suspek dikatakan membuang mayat mangsa di bawah jambatan yang terletak di Kalimalang, Pondok Gede, Kota Bekas sebelum ditemui oleh penduduk di sana pada Selasa (18/10) malam.

 

Punca sebab cemburu

Bercerita mengenai kronologi pembunuhan, Pengarah Siasatan Jenayah Polis Daerah Metro Jaya, Hengki Haryadi berkata suspek membunuh mangsa akibat cemburu.

“Jadi mangsa dan suspek adalah rakan sekerja. Suspek membawa mangsa ke apartmen. Sesampainya di pangsapuri, mereka berbincang tentang podcast,”

Tetapi di tengah-tengah perbualan, mangsa mendapat panggilan telefon daripada seseorang yang suspek tak suka dan perbualan mereka jadi terganggu.

image is not available

“Sedang berbual, tiba-tiba mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang suspek tak suka. Menurut suspek, orang itu pernah ada isu dengan mangsa,” katanya.

Hengki berkata, suspek membunuh mangsa kerana sentap dengan kata-kata mangsa sebab mereka ada bertengkar akibat panggilan itu. Suspek kemudian menampar mangsa beberapa kali dan mencekiknya hingga mati.

Bagaimanapun, polis masih meneliti motifnya memandangkan barang milik mangsa dibawa oleh suspek. Suspek kini ditahan di Balai Polis Daerah Metro Jaya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.