Lakukan ritual agama Hindu, Shah Rukh Khan dikecam netizen

Entertainment
23 Sep 2026 • 9:13 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lakukan ritual agama Hindu, Shah Rukh Khan dikecam netizen

PELAKON terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila menghadiri sambutan perayaan agama Hindu bersama isteri, Gauri dan anak perempuannya, Suhana Khan.

Dalam video yang kini viral dalam media sosial, Shah Rukh dilihat melakukan upacara aarti bersama keluarga.

Tindakan berkenaan sekali lagi mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial, memandangkan Shah Rukh merupakan seorang penganut agama Islam.

Sebahagian netizen mempersoalkan tindakannya dan mempertikaikan mengapa Shah Rukh perlu mengambil bahagian dalam ritual agama lain.

“Nak buat macam mana. Ini pilihan dia sendiri. Semoga Allah berikan petunjuk hidayah. Selamatkan hamba-Nya daripada menyembah makhluk kembali menyembah yang menciptakannya,” komen netizen.

Namun, terdapat juga pengguna media sosial yang mempertahankan aktor berkenaan dengan menyifatkan kehadirannya sebagai tanda menghormati kepelbagaian budaya dan agama di India.

Malah, Shah Rukh sebelum ini pernah berkongsi bahawa sambutan Ganesh Chaturthi turut diraikan keluarganya di rumah.

Justeru, penglibatan Shah Rukh dalam sambutan Ganesh Chaturthi bukan perkara baharu dan sudah beberapa kali menjadi perhatian umum.

Dalam masa sama, reaksi terhadapnya di media sosial tidak semuanya negatif apabila ramai peminat turut memuji sikapnya yang menghormati kepelbagaian agama dan tradisi masyarakat India.

Ada juga yang berpendapat Shah Rukh dan Suhana sengaja mencari publisiti kerana filem lakonan mereka berdua iaitu King dijadualkan menemui penonton pada 24 Disember 2026. – KOSMO! ONLINE

The post Lakukan ritual agama Hindu, Shah Rukh Khan dikecam netizen appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved