PRN Melaka: 'Perpaduan ummah sekali lagi bakal direalisasikan' - Ahmad Fadhli

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 4:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: 'Perpaduan ummah sekali lagi bakal direalisasikan' - Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari memberi bayangan gagasan perpaduan ummah sekali lagi bakal direalisasikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, perkembangan politik di Melaka kini membuka ruang kepada usaha merealisasikan semula gagasan berkenaan.

"Melaka sudah memanggil. Perpaduan ummah sekali lagi bakal direalisasikan. Insya-ALLAH, PH (Pakatan Harapan) bakal bertemu kekalahan berikutnya," katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Selasa.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum ini dilapor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuat kuasa Rabu, bagi memberi laluan kepada PRN.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara itu memaklumkan, beliau telah menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam bagi memaklumkan kedudukan DUN Melaka serta memohon perkenan untuk pembubaran berkenaan.

Menurutnya, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah berkenan supaya DUN Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok.

Ahmad Fadhli sebelum ini turut menyifatkan penyatuan ummah sebagai satu gagasan penting dalam menghadapi pilihan raya, selain mendakwa kerjasama berkenaan mampu memberi cabaran kepada PH.

Pada 31 Mei lalu, beliau turut berpandangan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) wajar bergerak secara berasingan pada pilihan raya akan datang susulan hubungan antara kedua-dua parti yang didakwanya semakin sukar dipertahankan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved