Lalat Hinggap Di Dahi BCL, Netizen Dakwa ‘Jelmaan’ Arwah Suami

15 Dec 2023 • 1:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selebriti popular Bunga Citra Lestari (BCL) sekali lagi menjadi bualan hangat selepas netizen Indonesia dakwa ‘jelmaan’ arwah suami, Ashraf Sinclair pada majlis perkahwinannya.

Menerusi satu muat naik di Instagram milik Maia Estianty, dia telah berkongsi foto bersama BCL dan suami Tiko Aryawardhana ketika menghadiri majlis resepsi pasangan tersebut.

Menerusi ruangan kapsyen, Maia mengucapkan rasa syukur atas perkahwinan kali kedua BCL dengan menyifatkan aktress itu berhak untuk berasa gembira.

“Akhirnya Allah memberikan kamu pasangan lagi. Selamat BCL, kamu berhak untuk gembira,” katanya.

Namun begitu, tanpa disedari foto tersebut telah menangkap kehadiran seekor lalat yang hinggap di bahagian dahi berdekatan kening BCL.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen menganggap bahawa lalat tersebut merupakaan ‘jelmaan’ arwah Ashraf.

Netizen dakwa lalat ‘jelmaan’ arwah suami BCL

image is not available

Lalat itu bukan lalat biasa!

image is not available

Ada juga segelintir individu yang meninggalkan komen bahawa lalat tersebut hinggap ke dahi BCL bagi memberikan ciuman terakhir buatnya.

Macam nak cium kali terakhir…

image is not available

Ciuman terakhir

image is not available

Sementara itu, terdapat juga warganet yang masih berfikiran waras dan memohon Maia untuk memeriksa gambar terlebih dahulu sebelum dimuat naik ke media sosial.

Tukar gambar, ada lalat ganggu pemandangan

image is not available

Sebelum upload, check dulu

image is not available

Sekadar info, BCL mendirikan rumah tangga dengan Ashraf pada November 2008 tetapi aktor Malaysia itu meninggal dunia pada tahun 2020.

Selepas tiga tahun menjadi balu dan ibu tunggal, BCL akhirnya disatukan dengan Tiko di Resort Amankila, Bali pada 2 Disember lalu.