“Seperti ciuman terakhir” – Netizen Indonesia Dakwa Lalat Di Dahi BCL Jelmaan Arwah Suami

Entertainment
15 Dec 2023 • 12:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berita penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan gelaran BCL yang melangsungkan majlis pernikahan dengan pasangan pilihan baharunya, Tiko Aryawardhana telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat.

Majlis pernikahan yang dilihat serba mewah itu dihadiri kenalan rapat daripada kalangan artis dan keluarga terdekat, termasuk keluarga dari Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.

Dalam pelbagai foto yang dikongsi rakan-rakan BCL semasa majlis pernikahannya, netizen tertumpu kepada satu foto yang dimuat naik Maia Estianty ini.

image is not available


Netizen Indonesia mendakwa seekor lalat yang berada dekat dengan dahi BCL bukanlah seekor haiwan biasa, tetapi ia adalah jelmaan Allahyarham Ashraf Sinclair.

Dalam foto itu, Maia bergambar bersama-sama dengan BCL dan suami baharunya, mungkin selepas selesai majlis pernikahan yang berlangsung pada 2 Disember lalu.

Ada yang mengatakan lalat di dalam foto itu mungkin jelmaan arwah suami yang memberi kucupan terakhir untuk isterinya.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Melihat hal itu menjadi topik hangat, ada yang meminta Maia untuk memuat naik foto lain yang lebih ‘sempurna’.

Bagaimanapun, Maia menerusi laporan Suara.com mengatakan dia hanya mempunyai dua keping foto bersama BCL dan Tiko.

“Ini sebenarnya salah saya bila upload gambar kami bersama. Sebenarnya saya cuma ada dua keping foto dengan BCL dan Tiko jadi saya upload sahaja.

“Saya tidak edit atau apa jadi memang tidak perasan kalau ada lalat dirakamkan. Terus ada yang memberi komen berbaur mistik.

“Saya ini orangnya berfikir logik. Jangan macam-macam. Itu lalat. Hanya lalat yang mahu masuk dalam foto bersama,” katanya.

Yang aneh-aneh saja komennya…

Sumber: Instagram, Suara

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.