Laluan Dua Hala Di Ulu Sebauh Bintulu Terputus Akibat Banjir

3 Oct 2022 • 11:24 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jalan dari kedua-dua arah tidak dapat dilalui

Laluan Dua Hala Di Ulu Sebauh Bintulu Terputus Akibat Banjir. Berikutan hujan lebat berterusan di Bintulu, laluan dua arah dari Rumah Peter Sungai Tabau dan Jalan Silas dilaporkan terputus kerana berlakunya banjir kilat.

https://www.facebook.com/BintuluNewsPage/videos/620416583088619
Laluan Dua Hala Di Ulu Sebauh Bintulu Terputus Akibat Banjir. Sumber: FB Bintulu News Page

Difahamkan, kenderaan-kenderaan kecil seperti motosikal dan kereta tidak dapat melalui kawasan tersebut kerana jalan raya mula dinaiki air sejak pagi tadi.

Dinasihatkan guna jalan lain

Oleh itu, orang awam diminta menggunakan laluan alternatif yang lain disebabkan laluan itu dipenuhi air dan tidak dapat dilalui.

image is not available
Laluan Dua Hala Di Ulu Sebauh Bintulu Terputus Akibat Banjir. Sumber: Bintulu News Page

Selain itu, pengguna jalan raya diingatkan untuk lebih berhati-hati semasa memandu disebabkan hujan berterusan dan bersedia dengan pelbagai risiko yang bakal berlaku.

Lagi artikel terkini di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved